16 September 2014

Sejarah Ringkas


Sungai Sumun merupakan sebuah tempat yang terletak di daerah Hilir Perak. Lokasi SK Sungai Sumun ini terletak di kampung Parit 7 Sungai Sumun, laluan Simpang Empat Hutan Melintang - Bagan Datoh.

Mengikut sumber lisan, pada waktu dahulu SK Sungai Sumun adalah sekolah aliran melayu yang diasaskan di sini , manakala SK Khir Johari yang terletak tidak jauh dari sekolah ini pula merupakan sebuah sekolah dengan aliran Inggeris. Itulah sebab mengapa jarak antara dua sekolah kebangsaan ini agak berhampiran sehingga kini.

SK Sungai Sumun ini mula diasaskan sekitar tahun 1918 dengan jumlah murid seramai 100 orang, 5 orang tenaga pengajar dan diketuai oleh Encik Mohamad bin Hamzah sebagai Guru Besar pada ketika itu.

Kini, SK Sungai Sumun mempunyai lebih kurang 68 orang anak murid sahaja dan dibarisi dengan 17 orang tenaga pengajar. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah gred B luar bandar. Ia dikenali dengan keunikan bentuk bangunannya yang masih utuh walaupun hampir mencapai usia 100 tahun.